SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH PENGHULU ELANG KULIM (SRINPEK)

Sejarah Penubuhan

LAMAN UTAMA | Sejarah Penubuhan | Misi dan Visi | Pendidikan | Aktiviti | Keputusan UPSR | Lembaga Pengarah & PIBG SRINPEK | Pandu Arah | Links | Hubungi Kami

Pendahuluan
 
Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang, Kulim (SRINPEK) adalah sekolah swasta yang tidak berorentasikan keuntungan. Operasi dan perjalanan SRINPEK adalah hasil daripada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. SRINPEK adalah sekolah rendah Islam yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Nombor pendaftaran SRINPEKRuj. (8) dlm. Agama (KEDAH) 649/26. SRINPEK telah dibuka pada tahun 1999 (dengan menumpang kelas di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyyah, Kulim). Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 2000, sekolah ini telah berpindah dan menyewa di Lot 156-161, Lorong Putra E, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama, Kulim, Kedah.

kelas-thn-3.jpg

Penubuhan

Penubuhan SRINPEK pada Januari 1999 dimulakan dengan pengambilan seramai 72 orang pelajar tahun 1 bersama 6 orang tenaga pengajar. Setiap tahun, satu darjah ditambah dan sehingga tahun 2004 terdapat 12 buah kelas daripada tahun 1 hingga tahun 6 telah berjaya diwujudkan. Dengan ini sempurnalah penubuhan SRINPEK. Pada tahun 2004, seramai 40 orang pelajar tahun 6 telah menduduki UPSR buat julung-julung kalinya. Keputusan yang dicapai oleh mereka begitu membanggakan. Selain daripada itu kebanyakan pelajar ini juga telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam peringkat negeri Kedah yang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah menengah agama terpilih di negeri Kedah khasnya.

Perkembangan
Kesedaran ibubapa dan masyarakat di dalam mendidik anak-anak mengikut lunas-lunas Islam banyak mendorong mereka untuk menyekolahkan anak-anak mereka di SRINPEK. Alhamdulillah... sehingga kini, ada seramai 382 pelajar sedang belajar di SRINPEK. SRINPEK adalah sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu mengabungkan matapelajaran akademik dan pendidikan Islam. Di waktu ini SRINPEK beroperasi menggunakan sumber kewangan daripada yuran pelajar, derma daripada orang ramai dan pemberian tahunan zakat negeri yang agak terhad jumlahnya. Walau bagaimanapun SRINPEK adalah sekolah rendah Islam yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan satu-satunya sekolah rendah Islam di kawasan Kedah Selatan ini.   

Kedudukan Terkini
Kini (tahun 2008), SRINPEK mengendalikan 14 kelas iaitu 2 kelas untuk setiap tahun pembelajaran kecuali 3 kelas untuk Tahun 1 dan 2. Seramai 33 orang guru lepasan Ijazah Sarjana Muda, diploma, STPM dan SPM kini berkhidmat sepenuh masa mendidik 382 orang pelajar dibantu dengan 3 orang kakitangan sokongan.

terkini1.jpg
Bangunan SRINPEK di Mukim Sungai Ular, Kulim

Perancangan Masa Depan
Sebanyak 10 buah kelas, beberapa bilik guru dan pentadbiran juga kantin yang digunakan di SRINPEK adalah disewa daripada Majlis Perbandaran Kulim (MPK). Sejumlah kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan setiap bulan bagi membayar kadar sewaan ini. Meskipun SRINPEK telah diberikan amanah tanah wakaf seluas 4.25 ekar daripada keluarga Penghulu Tok Elang Kulim, bagi mendirikan sekolah di Lot 391, Mukim Sungai Ular, Kulim, Kedah. Namun belanja bagi mendirikan bangunan sekolah sendiri amat tinggi (RM 2 juta) memandangkan 3/4 daripada tanah wakaf tersebut adalah kawasan berpaya. 
 
Walaupun plan pembinaan sekolah telah lama siap, namun pembinaan bangunan ini terpaksa ditangguhkan sehingga dana yang diperlukan mencukupi di samping mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa tempatan.
 
Pihak Jawatankuasa PEMBANGUNAN SRINPEK bersama-sama PIBG kini sedang berusaha bagi mengumpulkan dana dari setiap sumber yang halal sedang dijalankan bagi memastikan setiap proses pendidikan Islam yang dianjurkan oleh SRINPEK dapat dilaksanakan dengan sempurna di bangunan SRINPEK sendiri.
 
Dengan kerjasama beberapa pihak mulai Julai 2007, empat buah kelas Tahun 5 dan 6 telah mula berpindah ke bangunan tetap SRINPEK di Lot 391, Mukim Sungai Ular
 
Adalah diharapkan dengan pemindahan ini, pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan daripada pihak kerajaan serta pihak-pihak tertentu dapat diperolehi bagi mendirikan bangunan sekolah di tanah wakaf berkenaan, Insya-Allah.

Penggerak Utama
paklong.jpg

Haji Abdullah bin Idris. Merupakan mantan Guru Besar SRINPEK (1998 - Mac 2008). Pernah berkhidmat selama lebih 39 tahun sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Pernah menjadi Guru Besar di beberapa buah sekolah di di sekitar Kulim, Kedah sebelum bersara pada tahun 1994. Pengalaman yang begitu lama di alam pendidikan telah dicurahkan oleh beliau bagi memantapkan pembelajaran dan perjalanan SRINPEK agar menjadi sebuah sekolah rendah Islam contoh di daerah Kedah Selatan ini khasnya.
 
Jawatan Guru Besar SRINPEK kini disandang oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nadzir bin Yusak (lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir - pengkhususan Hadith)