SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH PENGHULU ELANG KULIM (SRINPEK)

Misi dan Visi

LAMAN UTAMA | Sejarah Penubuhan | Misi dan Visi | Pendidikan | Aktiviti | Keputusan UPSR | Lembaga Pengarah & PIBG SRINPEK | Pandu Arah | Links | Hubungi Kami

MISI SRINPEK
 
Warga SRINPEK mestilah mendalami dan berusaha sepenuhnya untuk mendidik anak-anak bangsa dengan penuh dedikasi serta ikhlas bagi mencapai kecemerlangan SRINPEK melalui '3B':
  • BERILMU di dunia dan akhirat
  • BERAMAL dengan apa yang dipelajari
  • BERTAQWA sepenuhnya kepada Allah SWT

VISI SRINPEK
  1. Menyediakan kanak-kanak yang bakal masuk ke alam mukallaf (remaja) dengan iman, ilmu dan akhlak yang mampu membentuk peribadi muslim sejati untuk menghadapi kehidupan sebenar
  2. Memperkembangkan roh, akal, emosi dan fizikal selaras dengan tuntutan Islam supaya menjadi generasi yang kukuh, teguh zahir dan batin, serta tunduk kepada peraturan Ilahi
  3. Menyediakan asas ketrampilan atau kemahiran mengikut minat dan bakat bagi membolehkan dirinya nanti memilih satu bidang pekerjaan yang sesuai. Menyediakan bakal belia muslim yang bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan alam sekitarnya

nasyid.jpg

"Anak-anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih, kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupannya sama ada ingin menjadikan muslim yang baik atau sebaliknya" 

hari-kecermelangan-1.jpg
Penyampaian Hadiah Hari Ihtifal SRINPEK